HitFatMON Main Sekarang
UNTUK IBU BAPA

Anak tak nak bersenam?
Jangan lawan skrin.

Setiap petang jadi pertengkaran yang sama. Awak suruh dia bergerak, dia nak pegang telefon. HitFatMON tak merampas skrin itu — ia menjadikan skrin itu sebab dia bangun.

Percuma · tiada iklan · kamera tidak merakam · boleh main tanpa internet
TAGIT
KENAPA IA BERKESAN

Dia tak rasa macam bersenam.

Sebab bagi dia, dia sedang main. Kamera membaca squat, lompat dan tumbuk yang sebenar — bukan tekan butang. Tiada gerakan, tiada kemajuan. Itu sahaja peraturannya.

🎮

Skrin jadi sebab dia bangun

Awak tak perlu rampas telefon. Badan dia ialah kawalan permainan — nak menang, kena bergerak.

🐯

Ada sesuatu yang menunggu dia

MON dia jadi kuat hanya bila dia bergerak. Bukan awak yang suruh — dia sendiri yang nak balik main esok.

🏠

Tiada kelas, tiada alatan

Cukup ruang berdiri di ruang tamu. Tiga minit pun sudah kira — tak perlu keluar rumah, tak perlu daftar apa-apa.

SEBELUM

"Jom gerak sikit."
"Kejap lagi…"

SELEPAS

"Mama, tengok — TAGIT dah evolve!"

DUNIA YANG DIA MASUK

LEMAKZAR mahu semua orang duduk diam.

Dia tidak menyerang dengan senjata. Dia menyerang dengan kemalasan — menghantar Lemaklings ke kampung, bandar dan hutan supaya budak berhenti berlari, berhenti melompat, berhenti keluar rumah. Semakin ramai yang duduk diam, semakin dia kuat.

Lemaklings tidak boleh dikalahkan dengan menekan butang. Ia hanya tumbang bila ada orang benar-benar bergerak.

Lemaklings
WIRA

Lima budak. Lima wilayah.

Setiap wira menerima MonPad dan seekor MON — haiwan pelindung yang berevolusi apabila wiranya menjadi lebih kuat. Tiga wira sudah muncul dalam komik. Dua lagi belum didedahkan.

TAGAR

Maher

TAGAR · HARIMAU
Kelantan

Ilham

KILAN
Kuala Lumpur

Boboi

GOMOI
Johor

???

BELUM DIDEDAHKAN
Segera

???

BELUM DIDEDAHKAN
Segera
MUSIM 1 · KEBANGKITAN

Empat wilayah diserang.

Serangan bermula di sawah dan merebak ke bandar, hutan, dan akhirnya ke sumber tenaga itu sendiri.

Kampung Kelantan

Kampung Kelantan

Di sini semuanya bermula
Bandar KL

Bandar KL

Lemak menguasai menara
Hutan Sabah

Hutan Sabah

Rimau Lemak menunggu
Alam Tenaga

Alam Tenaga

Kubu terakhir
EVOLUSI

MON jadi kuat bila awak jadi kuat.

Tiada jalan pintas. Tiada bayaran yang boleh melangkau langkah ini — MON hanya berevolusi apabila wiranya benar-benar bergerak.

KOMIK

Baca dari mula.

Tekan mana-mana halaman untuk besarkan. Guna anak panah untuk halaman seterusnya.

Leret ke tepi untuk halaman seterusnya · tekan halaman untuk besarkan
MACAM MANA IA BERFUNGSI

Tiga langkah. Tiada alatan.

Tiada kawalan, tiada butang untuk ditekan berulang kali. Badan budak itu sendiri yang mengawal permainan.

1

Buka app

Terus dalam pelayar telefon atau tablet. Tiada muat turun, tiada kedai app.

2

Berdiri depan kamera

Kamera membaca squat, lompat dan tumbuk. Setiap gerakan sah memukul Lemaklings.

3

MON jadi kuat

Semakin banyak budak bergerak, semakin MON berevolusi. Tiada jalan pintas.

UNTUK TADIKA & SEKOLAH

Satu tablet. Seluruh kelas bergerak.

Ada satu mod yang direka khas untuk kelas: budak ikut Maher bergerak di skrin. Kamera langsung tidak digunakan — jadi tiada soal privasi, dan tiada perlu setiap budak pegang peranti sendiri.

  • Tiada alatan. Tiada bola, tiada gelanggang, tiada gim. Cukup ruang berdiri.
  • Tiada pemasangan. Buka pautan dalam pelayar. Tiada kedai app, tiada kelulusan IT.
  • Guru cuma tekan main. App yang memimpin — kiraan, aba-aba dan rehat semuanya automatik.
  • Jalan tanpa internet. Selepas dibuka sekali, ia terus berfungsi walaupun wifi sekolah putus.
  • Kamera tidak merakam. Walaupun dalam mod permainan, tiada video keluar dari peranti.
INILAH YANG KELAS NAMPAK
SquatGERAKAN 1 DARI 3
3
MINIT SAHAJA

Cukup untuk satu rehat pergerakan antara kelas. Cuba sendiri sekarang — tiada pendaftaran, tiada kos.

Cuba 3 Minit ▶
Ada juga versi 5 minit di dalam app.

Nak jalankan pilot di tadika atau sekolah awak? Hubungi kami — kami bantu sediakan.

MASUK DUNIA

Giliran awak pula.

MonPad awak baru sampai. Kamera membaca gerakan awak — squat, lompat, tumbuk — dan setiap satu memukul Lemaklings betul-betul.

Buka HitFatMON →
Percuma · tiada iklan · boleh main tanpa internet